Sunday, October 9, 2016

8 months

In the name of Allah S.W.T

Waaaa...lamanye xupdate blog ni hehehee. Kesian pulak kat Aiman...masa zaman kakak dulu sokmo Mama upload ye...hehehee dh semakin byk cara nk simpan memori skrg ni so blog ni agak terabai heheehee.

Ok, Rizq Aiman dah 8 bulan. 23hb Oktober ni genaplah 9 bulan. Mama tukar taska dekat depan rumah sejak Aiman 4 bulan sebab....dot dot hehee

Ok, taska yg skrg ni depan rumah aje. So balik ofis Mama solat, singsing lengan masak dinner, buat bubur utk Aiman, buat mkn petang utk kakak. Siap semua tu Mama jalan melenggang amik kakak n Aiman kat taska.

Kadang2 kakak boleh intai Mama dari tingkat atas taska. Dia boleh nampak kereta Mama dah ada kat rumah. Dia akan bebel kat teacher kenapa Mama xamik2. Ekekekee.

8 months young, dah boleh merangkak laju. Memanjat meniti sana sini. Dah boleh sebut Mama Papa dan kadang2 keluar CHAAAA. Hahhaa ntahlah sama ada itu Ticha (kakak) atau mmg saje2 awak sebut chaa chaa chaa. Tapi kakak mmg ingt Aiman panggil nama dia. Hehee.

8 months young but still no teeth and not even a sign of it hahahaa. Gummy smiles all around. Mata sepet. Leher semakin hilang. Now weighing 9kg. Peha selisih, pkai jeans nampak mcm sgt terseksa perut tu.

Last week Aiman kena campak. Last month kena jangkit HFMD. Akibatnya cuti Mama tinggal berapa kerat ajer. :( Tapi xperlah asalkan anak Mama sihattt dan kuatt.

Oleh sebab cuti tinggal beberapa ketul je, soooo kita semua kenalah berhati2 jaga kesihatan supaya xd lagi kejadian Mama terpaksa EL. Mama juga harappppp sgt parents kat taska pun sama-sama bertimbang rasa kalau ada anak2 yg sakit berjangkit, xperlulah hantar ke taska :) Kasihanilah kami2 yg dh nak kehabisan cuti ni.

InsyaAllah, kalau cuti masih ada, akhir tahun ni kita pergi jalan2 k.

Love ya my lil man :)
_________________________________________________

Thursday, June 30, 2016

Selamat Hari Raya

In the name of Allah S.W.T

Hello everyone! Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin daripada kami sekeluarga. :)

Tahun ni giliran sayaaaa beraya di negeri kelahiran :):)

Tahun ni pertama kali beraya berempat. :):):)

Berhati-hati di jalan raya semua!

Sunday, May 15, 2016

Happy Teacher's Day!

In the name of Allah S.W.T


Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu yang baca blog ini. Adake? Hehehee.

Tadika kakak ada buat celebration sempena hari guru harini. So Mama pun excited lah belikan hadiah dan buatkan pudding roti utk kakak bawa. Rasenye kerjaya sebagai guru esp guru tadika or sekolah rendah yang di darjah 1,2 adalah yang paling mencabar. Sebab baya2 itulah nak asuh anak2 perkara paling asas iaitu pandai membaca, menulis, mengira.

Sedar tak sedar, kita semua bermula dengan jasa seorang guru yang ajar kita a,b,c. Kalau sampai skrg dah tuo bangko masih tak tahu nak membaca, macamana kita nak melangkah ke peringkat lebih tinggi dan jumpa cikgu-cikgu yang lebih hebat ilmunya. Betul x? Ching!
 
Selamat Hari Guru!



 

Saturday, May 7, 2016

Seventh!

    In the name of Allah S.W.T 

Happy 7th anniversary to us! 
Love you to the moon and back! 

Wednesday, May 4, 2016

Werk werk werk

In the name of Allah S.W.T

Haluuuuu! heeheheee im back in the office! hhehee happy dpt masuk ofis sebab masuk bulan ke3 cuti bersalin, aku dh hampir nk bercakap dengan dinding rumah ekekekekekee. Mmg xsesuai jd stay-at-home-mom. Sebab aku xboleh stay-at-home 24hrs. Setiap hari start enjin kereta pergi ioi, alamanda, giant, jj. 

Dgr je Umi nk dtg rumah, aku cepat2 pusing stereng kereta balik rumah pakai stokin, pakai kain batik, lumur minyak panas dan baring ahahahahaa!

Abam pos laju pun dh naik kenal. Kadang2 dia dtg rumah tapi aku xd so dia tingglkan ajer parcel tergantung kat gate. Lps tu dia tempek kad pos laju tu dgn pesanan "brg sy gantung". Ekekkeee.

Ni lah akibatnya bila nk berpantang sendiri.

Tapi, lasak+degil punya pasal, jahitan csecaku  terbuka. Mula2 tu rase sakit ngilu2 kat tmpt jahit. Lama2 smakin kuat rasa sakit dan bila tgk kat cermin, rupanya dh byk darah mengalir xprasan. 

Punyalah panik masa tu telefon org sana sini mnta tlg. Pergi hosp doktor ckp ada 2 choice. Sama ada buka balik jahitan dan cuci darah betul2 sbb takut ada infection dan nanah or pergi dressing setiap hari kat klinik smpailah luka tu kering dan kulit bercantum. 

Kompemlah aku pilih option yang kedua tu. So, setiap hari ke klinik, di picit2 tmpt jahitan tu utk keluarkan darah sbb nk elak nanah (phewwww) sakitnya, xyah tanya. Setiap kali dressing, stiap kali tulah kaki terangkat2 menahan sakit smpai nk tersepak nurse hehehehheee.

Alhamdulillah, 3 minggu berulang alik klinik akhirnya sembuh. Mmg lepas kejadian tu aku duduk je kat rumah dan Umi dtg jaga hehehee. Mmg dasat betul aku kena berpantang masa tu. Smpai masa mandipun Ummi xbagi mandi tutup pintu sebab takut aku xmandi guna air 'sup bunjut' yg dia sediakan. 

Hehehe aku panggil air sup bunjut sebab byk daun, herba semua dlm air tu. Aku rasa herba2 tu semua mcm boleh dibungkus2 n jadikan sup bunjut ekekekekee 

Dah habis tempoh 'dalam hari' mengikut definisi mak aku, barulah dia bg aku kluar. Itupun byk pantang larangnye. Tapi nk keluar punya pasal, ai ikutkan ajer hehehehe. 

___________________________________________

Bersalin kali ke2 ni masih di Hosp Putrajaya mcm kakak dulu tp kalini kami pilih FPP sebab aku nak En Suami ada di sisi pagi petang siang dan malam. Cantik tempatnya, selesa dan layanan pun agak lain skitlah. En Suami pun bebas turun naik masuk bilik dan yg dtg cek setiap hari adalah doc pilihan kita sendiri bukan MO. 

Bayarannya lebih kurang ajer kalau pergi Hosp yang dekat Bangi tu tp sebab En Suami mmg nk gomen hosp jugak jadi kami amik pakej FPP tu. 
_________________________________________________

Rizq Aiman dah masuk 3 bulan dan dh pandai pusing2. Dia ni jenis rilekss skit dari kakak dia. Hehehe kakak jenis gigih n rajin. Aiman ni nmpk gayanya mcm 'tenang' ajer hahaha.

Mula2 nk suh dia pusing tu punyalah susah. Smpai menangis2 sebab xleh nk telentangkan badan...


Habis 3 kali cubaan, 
dia give up dan pasrah 
akhirnya, duduk menyenget cmni je...

                                                                                   

                                                                             =/

Xperlah nak, lain kali kita usaha lg ye. Asalkan awak membesar dengan sihat. Heheheee

Ok! Have a nice day everyone! Dan kalau nak berpantang tu, jaga elok2, jgn jd mcm saya huwaaa!

Sunday, March 27, 2016

Rizq!

In the name of Allah S.W.T

Lamanyaaaa tak berblog hehehee. Tapi perasaan bersalah menimpa diri bertimpa-timpa sebab xada satupun coretan pasal 2nd edition kami; Rizq Aiman bin Khairul Fazly.

23 January 2016, pukul 1114 am, lahirlah si montel ke dunia ini di Hospital Putrajaya. Wpun Mama dah bersedia mental dan fizikal utk cuba lahirkan Aiman secara normal birth, tapi apakan daya..berat anak Mama dianggarkan melebihi kebolehan Mama untuk deliver secara biasa. Jadi, di usung ke OT dan c-ser seperti kakak juga. 

Mula-mula Mama pilih utk LA, bila perut dah dibuka dan Doc cuba keluarkan Aiman dari perut Mama, tiba2 Mama jerit kat Doc, SAKITTT! Iyeeee, Mama boleh rase kepala awak membulat di sebelah perut kanan Mama dan boleh rase seperti pedihhhh ngilu. Kaki Mama tiba2 rasa kebas dan Mama boleh rasa hujung jari2 kaki Mama. Terus Doc bg Mama GA. Sedar2, pukul 1 tghari lebih dalam observation room. Sedar tu pun tak boleh rasa kaki, terus kecoh nak angkat badan sebab nak tengok ada kaki x HEHEHEHEE.

Dalam pukul 2 lebih, barulah Mama dapat tgk anak Mama...


Wow! Penuh sebakul orgnya. Hehee. Papa cakap sebelum jumpa baby, nurse sibuk call sana sini nak sahkan berat awak. Nurse tu tny kat org dlm telefon tu, confirm ke bukan 4? Gulp..apa yg 4? Baju newborn yg Mama sediakan utk awk pakai katanya dh tercarik sikit di tepi sebab xlepas kepala bila nurse nk pakaikan.

Adusss. Berdebar papa dgr nurse2 tu berckp. Dan akhirnya, bila papa dipertemukan dgn awak, smbil sengih2 nurse tu ckp, owh patutla besar, ikut papa nye hehehehee!

3.99kg. Maka terpaksalah papa balik ke rumah cari baju2 awak yg 0-3m. Ada 2,3 helai baju NB yg awk tak berkesempatan untuk pkai sebab xmuat :)

Mengandungkan awak adalah satu kehidupan fairytale yg xakan Mama lupakan. MasyaAllah, senang sungguh. Tak ada alahan, tak ada mengidam, tak ada mcm2. 

Mama dapat 'instinct' Mama mengandung sebab Mama sering bermimpi perkara sama dua tiga hari berderet2. Sama juga masa Mama mengandungkan Kakak. Mama sering dapat mimpi yg sama sebelum tahu Mama mengandung.

Kakak dah masuk tadika tahun ni. Pagi tadika, tghari taska. Awak pula akan ke taska yg sama mcm kakak bila Mama dah mula kerja semula nnti. Phewww. Papa dan Mama beberapa kali cuba adjust keadaan semasa kami utk penuhi keadaan akan dtg. Dalam masa sibuk kami adjust sana sini, Alhamdulillah, Papa dpt tawaran kerja di tmpt baru.

Berbelah bagi sama ada nak terima atau tidak, sebab Papa sgt2 sygkan tmpt kerja Papa yg lama. Hehee nanges teruk dia di hari terakhir dia di ofis lama. Tapi Papa tinggalkan Putrajaya untuk kita sekeluarga hidup lebih selesa. 

Ini pengorbanan Papa yg Mama xkan dapat lupakan. MasyaAllah. Wpun dia dijanjikan mcm2 tapi hatinya tetap tak berubah, dia terima tawaran itu utk kita sekeluarga. 

Just so you know, Kakak dan Aiman, ini pengorbanan besar Papa. Minatnya pada bidang yg dia buat sebelum ini bermula dari Mama mula2 kenal dia di Uni lagi. Dulu dia punya xsuka lecturer yg ajar dia subjek sivil hehee, sebab lecturer tu, kalau dalam kelas, dia akan suruh Papa duduk depan sebab takut Papa tak paham hahaha! Dari situ dia tanam semangat utk pelajari ilmu subjek itu. Sebab tu kat rumah ni penuh buku sivil dan kalau Mama jual semua buku ni, boleh beli 2,3 handbag EKEKEKEKEEE! 

Dia tak pernah lokek utk berkongsi ilmu, dia tak pernah rasa diri dia hebat, setiap hari dia pulang kerja dia akan cerita kehebatan rakan2 dia. Kagum dgn org lain. Smpaikan Mama kena ingtkan dia setiap masa, dia tak mcm dulu, dia pun sama hebat mcm org lain. Dia berusaha siang dan malam utk satu2 kerja yg dia dapat, Dia rajin, dia hormat org dan dia adalah ketua keluarga kita yg wajib kita hormati. Setiap malam dia minta petunjuk dariNya dan setiap hari kami berdoa semoga diberi ketenangan hati untuk menjalani kehidupan yg mendtg, Syukur Alhamdulillah, murah rezeki dia di tmpt barunya. 

Jadi, fikir punya fikir, apalaa nak bagi nama kat awak. Akhirnya kami pilih Rizq yg bermaksud rezeki dan Aiman yang bermaksud berkat. 

Wpun pengalaman utk melahirkan awk adalah sgt mengerikan, menjaga awak dalam hari adalah sgt mencabar hehehe dan walaupun dalam blog ni, inilah baru kali pertama Mama bercerita psl awak hehee tapi sayang kami pada awak adalah sama mcm sayang kami pada kakak, Batrisyia Aimy.  

Tara~~


Sikitpun muka awak tak ada mcm muka Mama. Huh. Atok dan Wan ckp muka awak saling tak tumpah mcm Papa masa baby.


Hehee Mama rasa bukan setakat muka je sama, pe'el pun sama dan...


cara buat muka kerek pun sama hahahaa!

Welcome to the world, my world, our world, Rizq Aiman! Love Love.


Monday, August 17, 2015

Tuah

In the name of Allah S.W.T

Hiii!! Lama sudah enggak menulis di sini. Hehehee bukan sebab busy. Poyo jer kan kalau ckp busy. Hhahaa. Sebab sebenarnya adalah malas. Dulu bila zaman semangat membara di jiwa, sehari boleh menulis 2,3 entry sekali gus. Punyalah mcm nk luah semua apa yg jd selama 24 jam hidup sehari ekekekee. Kalau dulu, cerita pasal terserempak dgn cleaner kat toilet pun nk tulis kat sini hehe.

Anyways, hari ini tergerak hati nk menulis dan kongsi cerita tentang anak saya, Batrisyia Aimy. Bulan 9 ni, genaplah dia 4 tahun. InsyaAllah, tahun hadapan, dia dapat adik. :)

Setelah sekian lama cuba terangkan kpd dia yg dia akan jd kakak dan perut Mama buncit bukan sebab ada ayam upin ipin (hmmph) Alhamdulillah, skrg dia dah faham dan boleh terima hakikat yg perut Mama membuncit sebab ada 'adik'...

Tapi sampai sekarang dia masih xmengerti kenapa perut papa dia buncit. That, i shall pass to my husband to handle. =)))
________________________________________

Anak sulung saya ni dilahirkan dengan tanda lahir yang kekal di muka. Ada masanya kelihatan sgt jelas, ada masanye kena tenung lama2 dan baru perasan. Alhamdulillah tidak menjejaskan kesihatan dia. Dia tahu dan faham. Yang paling penting, dia ok jer.

Tapi baru2 ni, masa tgh bli makanan, ada sorg budak umur dalam 6, 7 tahun , tgur anak saya "eh tgk dia ada 'hitam' kat situ". Adus. Yang lagi haru, mak budak tu xd pulak larang anak dia tu. Dia pulak yang pandang anak saya tak berkelip kehairanan. Huh.

En Suami terus alihkan perhatian anak saya dengan bercakap2 dgnnya. 

Balik rumah, masa tgh mkn, anak saya diam je. Saya tny kenapa and dia jwb sambil nangis menceritakan kisah budak tu. Haish. Rasa mcm nk g amik pisau toreh muka MAK budak tu. Haish.

Saya tak sangka dengan reaksi anak manja saya tu. Nak menangis pun ada. Memang xtahu nk ckp apa masa tu. Terus terdiam. 

Tiba2 En Suami ckp...

Ada org rambut curl curl, ada org rambut cantik mcm ticha. 
Ada org hidung besar mcm Mama (wateverrrr), ada org hidung panjang mcm Papa. 
Ada org putih mcm kak dinee, ada org coklat mcm Mama (aku lagi). 
Ada org kurus, ada org gemuk...(belum sempat habis perenggan tu, aku jegil mata kat en suami. Terbang pinggan ni kang kalu panggil aku gemuk). Huh. Macam2 ada. Tak ada apa2lah. Biasalah tu. 

Anak saya lps dgr kata2 memberangsangkan oleh en suami tu terus ckp.. Yelah, mcm hidung Mama, org ckp besar. Hahahaa.

Cis.

Saya harap dan sentiasa doa yg anak saya dapat benar-benar menerima dan faham. 

Pernah kami cuba dptkan pendapat pakar kulit and secara tradisional. Rawatan laser boleh hilangkan kesan birthmark tapi procedure nye menyakitkan. Budak2 tak tahan katanya. Saya tak sanggup nk tgk anak saya sakit. Biarlah dia besar dan buat pilihan sendiri. Bila anak Mama dh ready, Mama dan Papa akan bantu sedaya yg boleh. Tapi kalau anak Mama rasa xperlu, Mama dan Papa tak akan paksa. 

Masa kami jmpa ustaz yg boleh buat rawatan tradisional, ustaz tu xmau buat. Dua tmpt kami pergi. Kedua2 tmpt enggan buat. Kata mereka tidak ada sebab untuk alihkan tanda lahir itu sebab tak memudaratkan. Selain itu, kedua-duanya ckp ada tuah yg menunggu si manja ini. 

Beberapa insiden juga kami pernah lalui ketika bawa anak kesayangan kami ni jalan2. Tiba2 ada org tua dtg beri keropok kepada anak saya dan ckp, lps ni xjmpa dh, sambil dicium2 anak saya dan ckp bertuah budak ni. Jaga baik2. 

Pernah juga saudara kami sendiri yg pernah nasihatkan kami supaya jaga anak manja kami ini elok2 sbb ada tuahnya nanti. 

Pernah juga kami disoal polis ketika roadblock dan bila mereka nampak anak saya sdg menangis (sebab nak coklat sebenarnya) dan bila polis terlihat birthmark anak saya, mereka syak kami dera anak heheheee.

Banyak kali kami disapa sbb 'tuah' yg ada pada si manja dan banyak kali kami dinasihatkan utk jaga dia baik2. Mungkin itu cara org utk memujuk hati kami yg kadang2 memang terusik dgn komen org yg xsensitif. Tapi saya terima semua itu sebagai doa. InsyaAllah, ada hikmahnya.

Saya menulis hari ini sebab saya rasa menyesal tak cuba utk tenangkan dia bila dia sedih disapa oleh budak tu. MasyaAllah, menyesal yang tak sudah.

Sampai skrg saya menyesal xbgth dia haritu yang anak Mama sgt cantik dan sempurna di mata Mama dan Papa. Di mata UmiAtok, WanAtok, Ibu, Mommy, Abg IZ, Abg Ayiel, Kak Dinee, Pak Ngah, Pak Lang, Aunty, Pak Teh dan semua keluarga yg menyayangi Ticha. Itu semua sudah cukup besar dan bermakna. Tak perlu org lain. Biar apa mereka nak cakap, Mama dan Papa akan sentiasa ada. We are your big fans!

Jauh di sudut hati saya sangat bangga dgn pencapaian si manja. 

Alhamdulillah, pada saya, keluarga ini sangat-sangat sempurna walaupun pada zahir dan fizikal kami tidak ada apa2. :)

Alhamdulillah, 'tuah' ini telah memberi 1001 pengajaran dalam hidup saya dan En Suami supaya lebih dekat kepada-Nya.

Semoga kita lebih berhati2 dengan lidah kita!